Tentang Pembina Laman Web (blog) Unit Bimbingan dan Kaunseling:

Nama: Muhammad Fariz bin Luqman
Tingkatan 3 Cekal
SMK Taman Tasik Ampang
Tel: 0196526150
Kaunseling.co.cc (atau ismktt.blogspot.com)




Assalamualaikum,

Laman Web Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Tasik

Tujuan saya membuat laman blog bagi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Tasik Ampang adalah untuk mendekatkan anda dengan aktiviti-aktiviti setiap tahun, serta memberi pendedahan mengenai kepentingan unit bimbingan dan kaunseling. Lebih-lebih lagi, laman ini juga dibina bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar mahupun ibu bapa untuk mencari info-info penting, maklumat lanjut mengenai unit bimbingan dan kaunseling SMK Taman Tasik serta berkomuniti di laman web ini.

Pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang tidak akan berjaya tanpa perancangan rapi dan teliti. Oleh yang demikian, segala aktiviti yang telah dirancang perlulah dibuat pemantauan dan penilaian serta tindakan susulan dari masa-kesemasa. Laman web ini memberi pendedahan terperinci mengenai aktiviti Unit bimbingan dan kaunseling sepanjang tahun ini.

Maklumat-maklumat mengenai Unit bimbingan dan kaunseling juga banyak disertakan. Pengguna hanya boleh mengakses setiap informasi di laman web ini. Lebih-lebih lagi, pengguna boleh mengakses gambar-gambar aktiviti setiap tahun di laman web ini.

Tambahan pula, unit bimbingan dan kaunseling SMK Taman Tasik harus mengambil tempat di dalam teknologi Internet yang berkembang pesat ini. Internet banyak membantu jika digunakan dengan tujuan yang baik. Saya berharap bahawa dengan pembinaan laman web ini, Unit bimbingan dan kaunseling dapat mengharungi arus permodenan seterusnya memudahkan pelajar-pelajar untuk mencari maklumat hanya dengan teknologi "klik".

"Mengharungi Arus Teknologi"

Fariz Luqman,
Pembina Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling

0 comments:

Post a Comment