Read more about: SMK TAMAN TASIK, AMPANG

Selamat datang ke Unit Bimbingan dan Kaunseling!

SMK Taman Tasik, Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-42912049 Faks: 03-42932049




SMK Taman Tasik, Ampang

Assalamualaikum
Pendidikan merupakan satu bidang yang sentiasa perlu kepada pengubahsuaian bagi menangani perubahaan demi kecemerlangan. Kecemerlangan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan warganya menghayati visi dan misi sekolah "SMKTT Kearah Membina Insan Cerdas, Ceria dan Cemerlang."

Pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang tidak akan berjaya tanpa perancangan rapi dan teliti. Oleh yang demikian, segala aktiviti yang telah dirancang perlulah dibuat pemantauan dan penilaian serta tindakan susulan dari masa-kesemasa. AlhamdulilLah dengan menggunakan instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), pihak sekolah telah dapat membuat penarafan kendiri yang sudah pasti berguna untuk tujuan penambahbaikkan.Saya amat berharap warga SMKTT akan sentiasa menjadikan instrumen SKPM sebagai panduan untuk menilai keupayaan dan kemampuan diri dalam usaha menggenggam kecemerlangan.