Selamat datang ke Unit Bimbingan dan Kaunseling!

SMK Taman Tasik, Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-42912049 Faks: 03-42932049

SMK Taman Tasik, Ampang


Assalamualaikum...
Pendidikan merupakan satu bidang yang sentiasa perlu kepada pengubahsuaian bagi menangani perubahaan demi kecemerlangan. Kecemerlangan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan warganya menghayati visi dan misi sekolah "SMKTT Kearah Membina Insan Cerdas, Ceria dan Cemerlang."



Unit Bimbingan dan Kaunseling


Pengenalan
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.


Unit Bimbingan dan Kaunseling di SMK Taman Tasik.


Bilik unit bimbingan dan kaunseling terletak di blok Chini, di tingkat empat (bekas surau lama). Unit bimbingan dan kaunseling telah ditubuhkan di SMK Taman Tasik sejak sekolah itu baru dibuka lagi (1985). Unit bimbingan dan kaunseling bergiat aktif di sekolah tersebut dengan menganjurkan berbagai-bagai aktiviti, seperti Program Maju Diri (pada awal tahun persekolahan), Ceramah Motivasi dan banyak lagi, seperti yang tertera dibawah:


Program-program Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan beberapa program (untuk tingkatan 3) selepas PMR, seperti bola sepak, badminton, permainan tradisional, "baling-baling selipar", galah panjang dan banyak lagi.

Opsyen:

Komuniti

Khidmat Komuniti yang terdapat pada blog ini: